Utama / Soalan Lazim
Soalan Lazim
Ya, saringan dan triaj kesihatan mental di MyDiri adalah 100% percuma. Anda perlu log masuk ke akaun percuma untuk memulakan saringan; sumber bantuan krisis dan kecemasan pula sentiasa boleh diakses tanpa log masuk.
Keselamatan data anda adalah keutamaan kami. Semua maklumat peribadi dikendalikan mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi (APDP) Malaysia 2010.
Tidak. MyDiri menyediakan saringan dan bimbingan kesejahteraan mental sahaja, bukan diagnosis klinikal. Sila berunding dengan doktor atau profesional bertauliah untuk diagnosis perubatan rasmi.
Bagi pengguna yang ingin mendapatkan laporan terperinci dan skor klinikal penuh merentasi 9 domain kesihatan dalam format PDF (untuk dicetak atau dihantar melalui e-mel), yuran RM 20 (berserta SST jika berkenaan) dikenakan bagi setiap penjanaan laporan.
Perjanjian pelesenan yang akan tamat pada tahun hadapan tidak seharusnya dianggap diperbaharui secara automatik kecuali dinyatakan sedemikian dalam perjanjian. Hikmah Vision akan membuat penilaian sebelum pembaharuan berdasarkan prestasi instrumen, keperluan platform, hak penggunaan, aspek psikometrik dan perancangan strategik MyDiri. Dalam jangka panjang, kita juga mahu MyDiri mempunyai aset intelektual dan instrumen psikologi sendiri yang dibangunkan serta divalidasi secara saintifik, supaya platform mempunyai sustainability dan scalability yang lebih kukuh.
MyDiri kini sedang diposisikan untuk pasaran B2C, B2B, institusi pendidikan dan agensi kerajaan. Dalam sesi pitching, perkara yang perlu kita tekankan bukan sekadar bilangan instrumen psikologi yang terdapat dalam MyDiri. Value proposition yang lebih besar ialah kemampuan MyDiri membantu organisasi dan individu bergerak daripada assessment → understanding → development → intervention → monitoring. Ini menjadikan MyDiri relevan bukan sahaja kepada individu yang sedang menghadapi masalah psikologi, tetapi juga kepada individu yang sihat dan mahu meningkatkan resilience, self-awareness, emotional wellbeing, personal effectiveness dan potensi diri. Bagi angka jualan sebenar, kita perlu membezakan dengan jelas antara market engagement, potential client, pilot, commercial pipeline dan jualan yang telah dimuktamadkan. Hanya jualan yang telah disahkan wajar dilaporkan sebagai actual sales.
Model MyDiri dicadangkan sebagai hybrid subscription ecosystem. Bagi individu, terdapat akses asas dan pilihan premium untuk assessment, pembangunan diri serta ciri tambahan. Bagi organisasi pula, subscription boleh ditawarkan berdasarkan jumlah pengguna, modul dan tempoh penggunaan. Selain subscription, Hikmah Vision boleh menjana pendapatan melalui corporate wellbeing programmes, organisational analytics, professional psychological services, training, consultation, personalised development programmes dan referral services. Justeru, kita tidak mahu menjual "satu psychological test". Kita menawarkan continuous psychological development journey.
Memang terdapat banyak aplikasi mental health, wellbeing, counselling dan psychological assessment dalam pasaran. Namun, kita mahu MyDiri mempunyai positioning yang berbeza: "MyDiri is not only about identifying what is wrong with you. It is about discovering what is strong within you and developing what you can become." Ini sangat penting. Sebab itu, selain depression, anxiety, insomnia, PTSD dan sebagainya, pembangunan MyDiri seterusnya perlu memberi perhatian lebih besar kepada positive psychology dan human potential, seperti personality, aptitude, resilience, strengths, emotional regulation, self-efficacy, motivation dan psychological wellbeing. Dengan itu, MyDiri bergerak daripada mental health platform kepada psychological wellbeing and human potential platform.